Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri
membelanjakan sebanyak RM1.5 juta setiap bulan untuk bayaran Elaun Sara
Hidup (ESH) kepada lebih 7,000 nelayan negeri ini.
Timbalan
Pengarah LKIM Negeri, Mohd Jamil Abdullah berkata setiap nelayan
terbabit menerima RM200 setiap bulan sejak skim berkenaan diperkenalkan.
Menurutnya,
LKIM telah meluluskan sebanyak 12,441 permohonan nelayan bagi bantuan
tersebut namun hanya 7000 sahaja yang menerima- nya kerana terdapat
nelayan yang telah tamat tempoh lesen mereka.
“Mereka tidak dapat
sebab tamat tempoh lesen perikanan atau bot, jadi apabila tamat tempoh
lesen maka mereka tidak akan dapat menerima elaun dan juga bantuan
subsidi minyak sehingga lesen berkenaan diperbaharui,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan ESH Nelayan Secara Tunai kepada nelayan kawasan Tawau.
Jelasnya,
tempoh memperbaharui lesen berkenaan memerlukan masa sekurang-
kurangnya sebulan sebelum bantuan berkenaan dapat disalurkan semula.
“Lesen
perikanan dan bot berkenaan penting bagi mengenal pasti bantuan yang
disalurkan sampai kepada golongan sasar serta memantau nelayan yang
betul-betul turun ke laut,’’ katanya.