Showing posts with label Elaun Sara Hidup (ESH). Show all posts
Showing posts with label Elaun Sara Hidup (ESH). Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

LKIM belanja RM1.5 juta tiap bulan bayar ESH nelayan

Posted by Smookiekins On 10/17/2012 09:16:00 AM

Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri membelanjakan sebanyak RM1.5 juta setiap bulan untuk bayaran Elaun Sara Hidup (ESH) kepada lebih 7,000 nelayan negeri ini.

Timbalan Pengarah LKIM Negeri, Mohd Jamil Abdullah berkata setiap nelayan terbabit menerima RM200 setiap bulan sejak skim berkenaan diperkenalkan.

Menurutnya, LKIM telah meluluskan sebanyak 12,441 permohonan nelayan bagi bantuan tersebut namun hanya 7000 sahaja yang menerima- nya kerana terdapat nelayan yang telah tamat tempoh lesen mereka.

“Mereka tidak dapat sebab tamat tempoh lesen perikanan atau bot, jadi apabila tamat tempoh lesen maka mereka tidak akan dapat menerima elaun dan juga bantuan subsidi minyak sehingga lesen berkenaan diperbaharui,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan ESH Nelayan Secara Tunai kepada nelayan kawasan Tawau.

Jelasnya, tempoh memperbaharui lesen berkenaan memerlukan masa sekurang- kurangnya sebulan sebelum bantuan berkenaan dapat disalurkan semula.

“Lesen perikanan dan bot berkenaan penting bagi mengenal pasti bantuan yang disalurkan sampai kepada golongan sasar serta memantau nelayan yang betul-betul turun ke laut,’’ katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...