Thursday, May 23, 2013

Kitar semula 10,000 telefon

Posted by Smookiekins On 5/23/2013 09:42:00 AM

Syarikat pembuat perkakasan mudah alih, Ninetology Marketing Sdn Bhd (Ninetology) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berjaya mengumpul 10,000 telefon bimbit terpakai yang bakal dikitar semula dalam usaha menghasilkan produk baru.


Usaha terbabit mampu memelihara alam sekitar tanpa memerlukan bahan baru untuk mencipta peranti mudah alih lain. 

Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology, Sean Ng berkata, syarikatnya menawarkan promosi dengan menggalakkan pelanggan menyerahkan telefon terpakai mereka untuk dikitar semula bagi menebus rebat tunai yang disediakan.


“Kerjasama dengan MNS sudah bermula sejak pengeluaran model Palette i5300 pertama kami yang mana membolehkan pengguna mendapat diskaun jika menyerahkan telefon lama untuk dikitar semula,” katanya.

Pada masa sama, Ninetology akan menyumbang RM1 kepada MNS sebagai simbolik keprihatinan alam sekitar syarikat.



Sementara itu Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Shah Redza Hussein berkata, program kitar semula telefon mampu mengurangkan jumlah sisa buangan yang serius.


“Kajian menunjukkan kira-kira 600,000 telefon bimbit dijual sebulan di negara ini tetapi hanya 10,000 unit saja yang dihantar ke pusat pengumpulan untuk dikitar semula apabila pemilik tidak menggunakannya lagi,” katanya.


Sumber: myMetro

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...