Wednesday, April 24, 2013

Manifesto BN janjikan lebih banyak pembangunan

Posted by Smookiekins On 4/24/2013 02:42:00 PM
KUALA PENYU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai yang terbaik melihat pada kejayaan pelbagai program transformasi.

Musa berkata kerajaan BN juga telah mengubah keadaan dan nasib rakyat Sabah kepada kehidupan lebih baik.

“Pelbagai rancangan dan pelaksanaan telah menampakkan hasil dan impak positif di seluruh Malaysia termasuk di Sabah, di Beaufort, Kilas dan Kuala Penyu,” katanya.

Beliau berucap pada majlis ‘road show’ Yayasan Sabah bersama rakyat yang disempurnakan Najib di Pekan Kuala Penyu kelmarin.

Musa, yang juga penyelaras BN negeri, berkata di Beaufort khususnya di Kuala Penyu, rakyat menikmati pelbagai pembangunan termasuk Jambatan Kuala Penyu merentangi Sungai Sitompok sepanjang 1.1 km bernilai RM60 juta.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi menerima calon-calon BN yang akan mendokong perjuangan membela nasib mereka dan sekali gus menunaikan aku janji BN yang menjamin masa depan lebih cerah.

“Kita harus berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang banyak menyalurkan peruntukan termasuk dalam membina sebuah pusat konvensyen antarabangsa bernilai RM250 juta dan loji air untuk rakyat Beaufort bernilai RM200 juta,” kata Musa.

Musa menarik perhatian komitmen perdana menteri yang sanggup turun padang untuk menemui seluruh rakyat termasuk di Kuala Penyu, menunjukkan keikhlasannya dalam memperjuang nasib mereka.

Kuala Penyu, antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kawasan Parlimen Beaufort, dimenangi Teo Mau Sing (BN) dengan majoriti 257 undi pada pilihan raya lepas.

Pada pilihan raya kali ini, BN menampilkan calon muka baharu Limus Jury yang berdepan empat calon termasuk dua Bebas.


Sumber : New Sabah Times 

5 comments:

  1. manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak bersifat menyeluruh.

    ReplyDelete
  2. manifesto itu bukan sahaja menekankan pembangunan rakyat dan modal insan serta fizikal tetapi juga menekankan aspek kebajikan dan masa depan rakyat.

    ReplyDelete
  3. manifesto itu bertepatan dengan janji BN yang sentiasa menepati janji kepada rakyat sekali gus membuktikan bahawa Perdana Menteri yakin dengan manifesto itu.

    ReplyDelete
  4. anifesto yang dilancarkan oleh BN itu amat unik sekali kerana manifesto itu memang sudah difikirkan sehalus-halusnya sebelum dibentang.

    ReplyDelete
  5. Pengisian manifesto telah mengambil kira keseluruhan kategori masyarakat untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat secara menyeluruh, ini telah terbukti berjaya dengan pengenalan pengagihan BR1M dan program-program lain transformasi kerajaan BN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...