Kerajaan Negeri komited meneruskan amalan terbaik pengurusan dan
pemuliharaan hutan di negeri ini melalui kerjasama erat dengan rakan
kongsi dalam Heart of Borneo (HoB).
Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman berkata, Heart of Borneo atau Nadi Borneo bertujuan memelihara
dan mengurus ekosistem rentas sempadan membabitkan tiga negara Asean
iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam meliputi kawasan
kira-kira 22 juta hektar.
Beliau berkata, Borneo adalah pulau
ketiga terbesar di dunia yang kaya dengan biodiversity. Oleh itu saya
berharap inisiatif HoB dapat menyokong usaha pemuliharaan hutan di
negeri ini.
“Pelaksanaan inisiatif ini mengambil kira sensitiviti
dan budaya tempatan dan berpegang teguh kepada dasar dan undang-undang
sedia ada.
“Saya gembira melihat inisiatif HoB telah memupuk
hubungan baik di kalangan agensi kerajaan dan rakan kongsi seperti
Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Sime Darby Bhd, Majlis
Minyak Sawit Malaysia, HSBC, New Forests Asia (Singapore) Pte.Ltd dan
organisasi bukan kerajan seperti Land Environment Animal People (LEAP),”
katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis
pelancaran Persidangan Antarabangsa “Heart of Borneo+5 and Beyond:
Shaping And Nurturing Sabah’s Future Together”, di Magellan Sutera
Resort, di sini, kelmarin.
Teks ucapannya disampaikan Timbalan
Ketua Menteri Datuk Dr.Yee Moh Chai. Turut hadir bekas Perdana Menteri
yang juga Penasihat Landskap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi;
Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah dan Pengarah Perhutanan
Sabah Datuk Sam Mannan.
Musa berkata, sejak HoB dimulakan, banyak
telah dicapai negeri ini. Di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan RMK-10,
Jabatan Perhutanan Sabah menerima dana melalui Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar untuk menjalankan dokumentasi biodiversiti di beberapa
hutan simpan terpilih dan asas kajian sosio komuniti setempat.
“Sehingga
kini, 17 hutan simpan telah dikaji dan hasilnya diambil kira dalam
penyediaan pelan pengurusan hutan yang menyumbang dengan ketara kepada
amalan terbaik pengurusan hutan,” katanya.
Katanya, Kawasan
Keseluruhan Terlindung (TPAS) di Sabah kini meliputi 1.3 juta hektar
atau kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah di negeri
ini, melebihi piawaian 10 peratus Kesatuan Pelindungan Alam Semulajadi
Antarabangsa (IUCN).
“Kawasan-kawasan yang dilindungi seperti Ulu
Segama-Malay melibatkan kira-kira 240,000 hektar hutan simpan untuk
pelindungan Orang Utan, kira-kira 150,000 hektar sebagai ekosistem
hidupan liar, pemuliharaan Lembah Kinabatangan dan Tanah Lembap Segama
kira-kira 79,000 hektar dan Trusmadi, Lembah Danum, Maliau Basin dan
Imbak Kanyon,” katanya.
Selain itu katanya, di bawah HoB antara
aktiviti utama berterusan Jabatan Hutan ialah penambahbaikan dalam
pemantauan dan penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, pembangunan
infrastruktur dan peningkatan keupayaan pendidikan alam sekitar.
“Kita
telah mengklasifikasikan semula kira-kira 180,000 hektar kawasan
termasuk 54,000 hektar koridor hidupan liar menghubungkan Maliau Basin
dan Imbak Kanyon ke Lembah Danum dan Ulu Segama dan 130,000 hektar Hutan
Simpan Ulu Segama sebagai Hutan Simpan Kelas 1, yang dilindungi
sepenuhnya,” katanya.
Musa berkata, dengan sokongan WWF Malaysia,
kerajaan telah menggubal “Pelan Tindakan Strategik Sabah” pada 2009 yang
mengandungi visi HoB.
“Program dan pelan tindakan itu termasuklah
pengurusan sempadan, kawasan perlindungan dan sumber asli dan
pembangunan ekopelancongan,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
diharap hutan sentiasa dilindungi
ReplyDeleteKerajaan pasti akan melakukan terbaik untuk hutan2 di Sabah
ReplyDeleteMusa mmg amat ambil berat tentang penjagaan hutan2 di Sabah.
ReplyDeletekajian environmentalist antarabangsa telah meletakkan Taman Kinabalu di ranking ke-6 dunia sebagai "The Biggest and Popular Rainforest in the World" bagi tahun 2011? Malah kerajaan negeri Sabah bersungguh-sungguh mempertaruhkan tiga lagi kawasan hutan (iaitu Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon) untuk memperolehi pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia sama seperti Taman Kinabalu.
ReplyDeletejumlah rizab hutan di bawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini “mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah, melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus.
ReplyDeletekawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa.
ReplyDeletesekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).
ReplyDeletemenurut Sam Mannan, Sabah mensasarkan untuk memiliki “perakuan yang penuh di semua kawasan berlesen jangka panjang” menjelang tahun 2014..
ReplyDelete