Friday, September 14, 2012

Masidi - Belanjawan 2013 diharap tumpu prasarana pelancongan Sabah

Posted by Smookiekins On 9/14/2012 08:12:00 AM

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berharap Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada 28 Sept ini, memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana dan infrastruktur pelancongan di negara ini khususnya di Sabah.

Beliau berkata peruntukan yang lebih perlu disalurkan untuk memastikan lebih banyak tempat menarik di negeri ini dapat dipromosikan memandangkan Sabah dikenali sebagai ‘syurga alam semulajadi’ yang mempunyai beberapa kawasan tumpuan pelancong.

“Kami berharap lebih banyak peruntukan untuk infrastruktur kerana isu di Sabah bukan kerana produk kerana kita mempunyai banyak produk pelancongan tetapi akses kepada produk pelancongan itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri Petronas di sini, kelmarin.
Beliau berkata antara tempat pelancongan yang boleh dimajukan di Sabah ialah Gunung Trusmadi di Tambunan, yang merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.

Katanya jika ada promosi yang bersepadu, jumlah pelancong yang mengunjungi negeri itu dijangka meningkat.

Mengulas mengenai lawatan pasangan diraja Britain, Duke dan Duchess of Cambridge selama empat hari ke Malaysia mulai esok termasuk dijadual melawat Lembah Danum, Masidi berkata ia membuktikan usaha pemuliharaan dan penyelidikan hutan hujan tropika di Sabah mendapat perhatian daripada pihak luar.

Katanya kerajaan negeri merasa bangga dengan kunjungan Putera William dan Duchess Kate serta mengalu-alukan lawatan itu yang mana pasangan diraja berkenaan berminat menyaksikan sendiri usaha pemuliharaan dan penyelidikan hutan hujan tropika itu.

Beliau berkata pasangan diraja dari negara lain seperti Norway dan Denmark dijangka melawat negara ini termasuk mengunjungi tempat menarik Negeri di Bawah Bayu itu.

Mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Masidi yang juga menteri yang dipertanggungjawabkan dalam pendidikan negeri, percaya pelan yang turut memfokuskan penambahbaikan infrastruktur di Sabah dan Sarawak itu mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dari negeri ini setanding pelajar di Semenanjung.

Sumber: New Sabah Times

6 comments:

  1. Itu sudah semestinya tambahan lagi Sabah adalah antara tarikkan perlancongan.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan pasti akan cuba meningkatkan mutu kualiti perlancongan di Sabah ini. Harap apa-apa perlaksanaan dibuat tidak akan menjejaskan keindahan alam sekitar Negeri ini.

    ReplyDelete
  3. memandangkan masih banyak kekurang2an dalam industri pelancongan Sabah, wajarlah jika kerajaan negeri dan juga persekutuan menyalurkan lebih banyak dana kepada industri pelancongan Sabah..

    ReplyDelete
  4. industri pelancongan adalah penyumbang utama ekonoi negeri Sabah, oleh itu tidak rugi jika banyak peruntukkan disalurkan kepada industri ini di sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan dalam meningkatkan dan mengembangkan industri pelancongan di Sabah diharap mendatangkan hasil yang positif.

      Delete
  5. Keunikan Sabah menjadikan Sabah tarikan pelancong luar dan dalam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...