Showing posts with label Sampah Sarap. Show all posts
Showing posts with label Sampah Sarap. Show all posts

Monday, November 19, 2012

MDS kuatkuasa peraturan Anti Kutu Sampah

Posted by Smookiekins On 11/19/2012 01:44:00 PM

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Sri Haji Nasir Tun Sakaran mengajak semua masyarakat dan penduduk memainkan peranan masing-masing sentiasa menjaga kebersihan kawasan pekan dan kampung.

Katanya dengan pelaksanaan Undang-Undang Anti Kutu Sampah yang dikuatkuasa oleh Majlis Daerah Semporna (MDS) mampu mendidik serta mendisiplinkan masyarakat betapa pentingnya keutamaan kebersihan kawasan pekan dan kediaman.

Nasir berkata, kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman dan gambaran amalan kehidupan sesebuah masyarakat.

Selain itu katanya, agama Islam sangat menekankan kebersihan, baik kebersihan fisik mahu pun batin.
Justeru itu, kita berharap dengan pelancaran program ini masyarakat akan memberi kerjasama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata tempat.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Anti Kutu Sampah anjuran Pedabat Daerah dan Majlis Daerah Semporna.

Hadir sama Pegawai Daerah Semporna, A.M. Ibnu A.K. Baba; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Haji Jaafar Ahmad dan pemimpin tempatan, ahli-ahli Majlis Daerah Semporna (MDS) dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Sempena majlis itu seramai 13 orang Duta Anti Kutu Sampah membaca ikrar dan mengangkat sumpah akan melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Friday, June 22, 2012

Alam Sekitar: DBKK berjaya isytihar 58 kawasan tanpa sampah

Posted by Smookiekins On 6/22/2012 10:55:00 AM

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sehingga kini berjaya mengisytiharkan 58 kawasan tanpa sampah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Unggun Menggatal. Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir berkata, daripada jumlah itu 31 kawasan adalah sekolah. Beliau berkata, pengwujudan Kawasan Tanpa Sampah merupakan salah satu pendekatan dalam Kempen Anti Kutu Sampah bertujuan memastikan penduduk kawasan bandaraya hidup dalam suasana yang bersih, indah, selamat, teratur dan sejahtera.


Kempen Anti Kutu Sampah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...