Showing posts with label Program Transformasi Negara (GTP). Show all posts
Showing posts with label Program Transformasi Negara (GTP). Show all posts

Thursday, October 4, 2012

GTP banyak berikan kebaikan golongan sasaran

Posted by Smookiekins On 10/04/2012 01:03:00 PM

Program Transformasi Negara (GTP) di bawah Program e-Kasih banyak memberikan kebaikan kepada golongan sasar sesuai dengan tema janji terus ditepati.

Kursus Latihan Kemahiran Program 1Azam, Kursus Fotografi Digital dan Pasca Produksi anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang telah berlangsung 10 di kawasan Lintas baru-baru ini umpamanya banyak memberikan faedah kepada golongan belia.

Pegawai Pengurusan Bahagian Pantai Barat Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Anthonius Tompisal berkata, Program 1Azam itu bukan sahaja meliputi satu kursus khusus sahaja, malah ia mempunyai beberapa kursus lain.

Katanya, keprihatinan kerajaan bukan sahaja menyeluruh dalam menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat malah turut menumpukan aspek kemahiran dalam membangunkan tahap pengetahuan dan juga memberikan para peserta asas untuk memulakan sesuatu usaha mereka seandainya mereka ingin membuka perniagaan sendiri kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...