Showing posts with label Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS). Show all posts
Showing posts with label Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS). Show all posts

Tuesday, October 9, 2012


Dianggarkan lebih RM1 trilion nilai pelaburan baru dan tiga juta pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2020 menerusi pelaksanaan Progam Transformasi Ekonomi.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Datuk Karim Bujang berkata, bagi mengimbangi keperluan itu, kerajaan telah merangka beberapa program dan strategi bagi meningkatkan kapasiti tenaga mahir untuk memantapkan lagi inisiatif berkenaan.

“Oleh itu, saya menyeru seluruh entiti KPPSP dan kesatuan lainnya agar terus memperkayakan program yang mampu meningkatkan faedah kepada ahli dari aspek kompetensi, inovasi serta kepakaran yang diperlukan.

“Selain itu, organisasi ini juga perlu memainkan peranan lebih aktif bagi meningkatkan kebolehpasaran warga pekerja dengan memberi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam aspek pembangunan berteraskan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan seluruh kesatuan pekerja di negara ini, terutamanya dalam mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.

“Kesatuan sekerja dan majikan perlu terus meningkatkan hubungan baik bagi mengelak berlakunya pertikaian perusahaan sehingga menjejaskan produktiviti dan kestabilan organisasi terlibat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...