Showing posts with label Lembaga Industri Getah Sabah. Show all posts
Showing posts with label Lembaga Industri Getah Sabah. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

LIGS UNTUNG LEBIH RM40 JUTA

Posted by Smookiekins On 10/30/2012 01:08:00 PM

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) berjaya menjana keuntungan melebihi RM40 juta pada tahun lalu dan dijangka akan terus meningkat menjelang hujung tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, dalam dua tahun yang lalu LIGS menghadapi masalah kewangan yang kritikal akibat kerugian beratus juta ringgit berpunca daripada kepimpinan yang tidak mantap dan perancangan yang tidak strategik sehingga LIGS berhutang dengan pekebun-pekebun kecil getah dan agen-agen getah.

Bagaimanapun dengan tindakan tegas kerajaan menyusun semula kepimpinan Lembaga Pengarah dan pengurusan LIGS serta bantuan kewangan berjumlah RM60 juta, LIGS kini telah pulih semula dan berada dilandaskan yang betul.

“Kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengambil perhatian serius ke atas perjalanan LIGS dan ingin melihat LIGS menjadi agensi kerajaan yang berwibawa dan menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup para pekebun kecil getah khususnya dan kemajuan industri getah di negeri ini amnya.

“Oleh itu, antara perkara penting untuk memastikan sesebuah agensi itu berada di landasan yang betul ialah perlu ada kepimpinan yang mantap dan berwibawa di peringkat Lembaga Pengarah.

“Selain itu pengurusan yang cekap dan berintegriti tinggi juga merupakan pra-syarat bagi sesebuah agensi dapat beroperasi secara berdaya maju dan pengurusan atasan yang ada sekarang telah membuktikan bahawa mereka mampu mengendali pengurusan LIGS secara cekap dan berdaya untung,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...