Ekspo Beli Barangan Malaysia akan diadakan pada 1 hingga 4 November ini di padang bandaran di sini.
Program
anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Sabah (KPDNKK) itu dijangka akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri
Pembangunan Luar Bandar merangkap Adun Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno.
Pengerusi
penganjur Amat Mohd Yusuf berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan dan
memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan buatan Malaysia
yang dipamer dan dijual pada Ekspo itu nanti.
Sementara itu katanya, ia juga memberi manfaat kepada para peniaga dan usahawan mempamerkan dan menjual barangan masing-masing.
Katanya, lebih kurang 100 lot gerai disediakan kepada peniaga dan usahawan untuk mempamerkan dan menjual barangan mereka.
“Inilah peluang peniaga memperagakan jualan dan memperkenalkan barangan hasil buatan Malaysia,” katanya.



