Showing posts with label Kawalan Harga. Show all posts
Showing posts with label Kawalan Harga. Show all posts

Friday, October 5, 2012

POLISI KAWAL HARGA BARANGAN

Posted by Smookiekins On 10/05/2012 01:17:00 PM

Kerajaan telah mengadakan pelbagai polisi dalam usaha mensejahterakan rakyat di negara ini termasuk polisi kawalan harga barangan yang telah memanfaatkan rakyat terutama di musim perayaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polisi kawalan harga pada beberapa barangan seminggu sebelum dan selepas sesuatu perayaan itu telah menjimatkan duit rakyat sehingga RM300 juta. “Itu musim perayaan, tetapi untuk musim bukan perayaan, juga tidak dilakukan banyak negara, kita kawal harga barang-barang penting.

“Contohnya minyak, sepatutnya kita tidak boleh kawal harga, Shell atau Esso, dia boleh (cadang) tetapkan harga tetapi kerajaan tentukan harga sebenar. Kalau dia naik (harga minyak), dia boleh didenda di bawah Akta Petroleum,” katanya semasa berucap di program mesra warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...