Jenayah siber kini sudah menular ke sosial media dan menggunakan
medan tersebut seperti facebook untuk mengeksploitasikan mangsa, kata
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Prof. Datuk Husin Jazri. Mengambil contoh dari kes penculikan adik Nayati Moodliar yang
berlaku pada Mei lalu, beliau menyatakan kes itu banyak melibatkan
saringan maklumat yang diperolehi daripada akaun facebook dan beliau
percaya akan terdapat lebih banyak lagi kes-kes seumpama ini
memandangkan dari sikap sesetengah orang yang berkongsi maklumat
peribadi kepada sesiapa sahaja di facebook.
Jenayah Siber



