Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman mengarahkan Majlis Tindakan
Negeri Sabah (MTNS) supaya kerap turun padang bagi memantau perlaksanaan
pembangunan negeri agar sasaran Bajet 2013 yang baru dibentangkan
menepati matlamatnya.
Katanya, bajet besar sebanyak RM4.088
bilion itu adalah bajet untuk rakyat menikmati tranformasi kehidupan
baharu yang sedang dipacu oleh kerajaan Barisan Nasional.
Belaiu
berkata demikian pada sidang media ringkasnya selepas menghadiri Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat di Zon Daerah Mengundi Sungai Kayu pada Ahad
yang dihadiri hampir 500 ahli Umno dan penyokong BN Libaran.
Menurut
Ketua Menteri, kerajaan amat teliti dalam merancang pembangunan negeri
supaya semua peringkat dan golongan rakyat sama ada di bandar dan luar
bandar dapat dibangunkan secara realistik dan holistik.
“Kerajaan
bukan sembarangan membelanjakan wang rakyat,kita sudah kaji secara
teliti bagaimana untuk membangunkan negeri dan rakyat kita sebab itu
belanjawan kerajaan negeri untuk 2013 adalah yang terbesar untuk
kepentingan rakyat keseluruhannya,” kata Musa.



