Seramai 95 peratus pelatih-pelatih daripada kursus perladangan dari ILHAM akan mendapat pekerjaan di bidang tersebut.
Ketua
Pegawai Eksekutif Institut Latihan Kemahiran Malaysia (ILHAM), Thonny
Chee Nyuk Kong, berkata pelatih-pelatih yang menjalani kursus itu di
ILHAM kebanyakkan akan terus diserap atau diterima untuk bekerja di
bidang itu.
Katanya, ILHAM yang merupakan sebuah institute yang
baru sahaja bertapak semenjak tahun 2008 itu sehingga kini telah melatih
seramai 150 orang pelatih dalam bidang perladangan.
“ILHAM
merupakan sebuah institut yang mengutamakan golongan muda yang tercicir
sama ada dari aspek kelayakan akademik mahupun kewangan.
“Malah,
idea penubuhan ILHAM ini saya dapati semasa saya sedang bercuti di
kampung saya di mana semasa saya berjalan-jalan di kampung dan melihat
keadaaan sekitar yang ramai dengan pemuda-pemudi yang mundar-mandir
tanpa hala tuju, masa itulah saya nekad untuk membuat sesuatu kepada
generasi muda.



