Showing posts with label Hutan. Show all posts
Showing posts with label Hutan. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

1.3 JUTA HEKTAR KAWASAN DI SABAH DILINDUNGI: KM

Posted by Smookiekins On 11/07/2012 12:50:00 PM

Kerajaan Negeri komited meneruskan amalan terbaik pengurusan dan pemuliharaan hutan di negeri ini melalui kerjasama erat dengan rakan kongsi dalam Heart of Borneo (HoB).

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, Heart of Borneo atau Nadi Borneo bertujuan memelihara dan mengurus ekosistem rentas sempadan membabitkan tiga negara Asean iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam meliputi kawasan kira-kira 22 juta hektar.

Beliau berkata, Borneo adalah pulau ketiga terbesar di dunia yang kaya dengan biodiversity. Oleh itu saya berharap inisiatif HoB dapat menyokong usaha pemuliharaan hutan di negeri ini.

“Pelaksanaan inisiatif ini mengambil kira sensitiviti dan budaya tempatan dan berpegang teguh kepada dasar dan undang-undang sedia ada.

“Saya gembira melihat inisiatif HoB telah memupuk hubungan baik di kalangan agensi kerajaan dan rakan kongsi seperti Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Sime Darby Bhd, Majlis Minyak Sawit Malaysia, HSBC, New Forests Asia (Singapore) Pte.Ltd dan organisasi bukan kerajan seperti Land Environment Animal People (LEAP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa “Heart of Borneo+5 and Beyond: Shaping And Nurturing Sabah’s Future Together”, di Magellan Sutera Resort, di sini, kelmarin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...