Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin berkata Kg Kanawahon yang terletak kira-kira 115km dari pekan adalah sebuah kampung lama telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan kerajaan, akan dikembalikan kepada penduduk asal di situ. Penduduk kampung itu menghadapi kesukaran pembukaan semula tapak tanah pertanian apabila kawasan tersebut telah termasuk dalam kawasan hutan simpan berdasarkan kepada penyukatan tanah negeri. Perkara itu telah dikemukakan kepada kabinet negeri dan dibawa dalam satu mesyuarat khas, pada prinsipnya kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kawasan kampung itu untuk diberikan semula kepada penduduknya.
Showing posts with label Ewon Ebin. Show all posts
Showing posts with label Ewon Ebin. Show all posts
Friday, December 16, 2011
Ewon: Kg Kanawahon berada dalam hutan simpan akan dikeluarkan
Posted by Smookiekins
On 12/16/2011 09:24:00 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)


