Showing posts with label Belanjawan 2013. Show all posts
Showing posts with label Belanjawan 2013. Show all posts

Monday, October 22, 2012

TURUN PADANG BAGI PASTIKAN BAJET CAPAI SASARAN: MUSA

Posted by Smookiekins On 10/22/2012 01:33:00 PM

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman mengarahkan Majlis Tindakan Negeri Sabah (MTNS) supaya kerap turun padang bagi memantau perlaksanaan pembangunan negeri agar sasaran Bajet 2013 yang baru dibentangkan menepati matlamatnya.

Katanya, bajet besar sebanyak RM4.088 bilion itu adalah bajet untuk rakyat menikmati tranformasi kehidupan baharu yang sedang dipacu oleh kerajaan Barisan Nasional.

Belaiu berkata demikian pada sidang media ringkasnya selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Zon Daerah Mengundi Sungai Kayu pada Ahad yang dihadiri hampir 500 ahli Umno dan penyokong BN Libaran.

Menurut Ketua Menteri, kerajaan amat teliti dalam merancang pembangunan negeri supaya semua peringkat dan golongan rakyat sama ada di bandar dan luar bandar dapat dibangunkan secara realistik dan holistik.

“Kerajaan bukan sembarangan membelanjakan wang rakyat,kita sudah kaji secara teliti bagaimana untuk membangunkan negeri dan rakyat kita sebab itu belanjawan kerajaan negeri untuk 2013 adalah yang terbesar untuk kepentingan rakyat keseluruhannya,” kata Musa.

Jabatan Penerangan akan pertingkat program kefahaman dasar-dasar kerajaan

Posted by Smookiekins On 10/22/2012 01:21:00 PM

Jabatan Penerangan akan mempertingkat lagi program kefahaman dasar-dasar kerajaan khasnya usaha menterjemah Belanjawan 2013 berkaitan faedah kepada masyarakat keseluruhannya.

Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, berkata selaku pihak bertanggungjawab sebagai pemasaran maklumat, program-program ‘outreach’ akan terus dilaksanakan yang memberi tumpuan kepada bajet.

Menurutnya, perkara utama ialah memberi pemahaman dalam kalangan warga Jabatan Penerangan tentang bajet dan peranan Komuniti 1Malaysia mengedarkan bahan-bahan penerbitan kepada peringkat masyarakat.

“Kita harap semua rakyat dapat memahami bajet yang telah dibentangkan Perdana Menteri merupakan Bajet Kasih Sayang yang memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Monday, October 1, 2012

Dasar Belanjawan 2013 untuk kesejahteraan berterusan rakyat

Posted by Smookiekins On 10/01/2012 12:55:00 PM

Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia, demikian menurut para pegawai yang arif mengenainya.
Bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan sosial yang mampan selain daripada mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat, belanjawan itu akan lebih kepada “pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat”, kata mereka.

Perbelanjaan kerajaan persekutuan pada 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion dan ini bermakna yang perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

SABAH DIJANGKA UMUM BONUS DALAM BELANJAWAN NEGERI

Posted by Smookiekins On 10/01/2012 12:51:00 PM

Penjawat Awan Kerajaan Negeri Sabah dijangka akan menikmati bonus seperti yang dinikmati oleh penjawat awam Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan bersedia mempertimbangkan perkara itu dan akan mengadakan perbincangan dengan pegawai berkaitan bagi menyediakan belanjawan berkenaan.
“Ia masih dalam perancangan dan akan dibincang kepada pegawai Kewangan Kementerian terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam Bajet 2013.”

“Jumlahnya akan saya umumkan pada pembentangan Bajet 2013,” katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Pekan Melalap di perkarangan Mini Dewan Datuk OKKSanggau dekat sini kelmarin.

Mengulas bajet Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Musa berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik dan menyokong bajet yang disifatkan untuk bajet rakyat kepada rakyat.

Friday, September 14, 2012

Masidi - Belanjawan 2013 diharap tumpu prasarana pelancongan Sabah

Posted by Smookiekins On 9/14/2012 08:12:00 AM

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berharap Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada 28 Sept ini, memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana dan infrastruktur pelancongan di negara ini khususnya di Sabah.

Beliau berkata peruntukan yang lebih perlu disalurkan untuk memastikan lebih banyak tempat menarik di negeri ini dapat dipromosikan memandangkan Sabah dikenali sebagai ‘syurga alam semulajadi’ yang mempunyai beberapa kawasan tumpuan pelancong.

“Kami berharap lebih banyak peruntukan untuk infrastruktur kerana isu di Sabah bukan kerana produk kerana kita mempunyai banyak produk pelancongan tetapi akses kepada produk pelancongan itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri Petronas di sini, kelmarin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...