Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyarankan supaya ahli sejarah
menjalankan kajian dan penyelidikan lebih lanjut serta mendalami sejarah
kedatangan dan sumbangan agama Islam di Sabah.
Beliau berkata
langkah itu penting bagi membantu memperbanyakkan lagi khazanah kajian
ilmiah mengenai subjek itu selain menjadi bukti bahawa Islam telah
memberi sumbangan yang besar terhadap kehidupan masyarakat di negeri
ini.
“Kita juga perlu mengadakan penyelidikan ke arah
memperkasakan undang-undang Islam di negara ini dengan melibatkan
penyertaan pakar agama dan perundangan, jabatan agama dan kerajaan,
agensi serta pihak yang berkaiatan.
“Ia perlu dilaksanakan segera
agar perundangan Islam dapat dimartabatkan dan didaulatkan dalam
menegakkan keadilan,” katanya dalam ucapan perasmian seminar Perundangan
Islam di Dewan Taha D’Bayu, Kompleks Tabung Haji Sabah, di sihi,
kelmarin.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.
Musa
berkata terdapat juga keperluan untuk memperjelaskan kekeliruan yang
timbul mengenai kedudukan agama Islam dengan teliti dan bijaksana bagi
memastikan semua rakyat di negara ini dapat memahami dan menerimanya.
“Sesungguhnya
kefahaman serta penerimaan rakyat berbilang kaum dan agama terhadap
kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri adalah
kunci untuk kita hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat
menghormati sesama kita,” katanya.
Beliau berkata ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.
“Inilah
keistimewaan, kesyumulan dan keuniversalan agama Islam. Mengenai
perundangan Islam, pasti umum terus memahaminya sebagai isu melibatkan
Mahkamah Syariah semata-mata. Ia merangkumi aspek keseluruhan
undang-undang Islam di Malaysia yang melibatkan pelbagai jabatan dan
agensi termasuk Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sebagai
penaungnya,” katanya.
Musa berkata, dalam konsep perundangan Islam dan kehidupan pada masa ini, undang-undang Islam memenuhi kehendak zaman dan masa.
“Ini
kerana undang-undang Islam tidak bersifat jumud sebaliknya mengambil
kira faktor persekitaran, kepentingan awam dan kehendak semasa dalam
menentukan sebarang hukum yang sesuai dengan penduduk setempat,”
katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan dan komitmen terhadap penganjuran seminar ini.
“Apa
yang penting ialah usaha ini perlu disusuli dengan perancangan rapi dan
tindakan berkesan untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi kesejahteraan
rakyat dan negeri pada keseluruhannya.
“Seminar seumpama ini bukan
sahaja menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam konteks perundangan
Islam, bahkan berupaya memartabatkan Islam sebagai wahana terbaik bagi
mengintegrasikan perbezaan serta kepelbagaian yang wujud untuk
memantapkan lagi kesatuan dan keharmonian sesama kita,” katanya.
Seminar
sehari itu disertai kira-kira 250 peserta terdiri daripada Pengerusi
Majlis Agama, Pengarah Jabatan Agama dan Ketua Hakim Syarie seluruh
Malaysia, ahli akademik, pengamal undang- undang, ketua-ketua jabatan
kerajaan negeri dan persekutuan di Sabah.
Ia dianjurkan oleh
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dengan kerjasama
Majlis Profesor Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dan
Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.
Turut hadir Pengarah Jheains,
Datuk Haji Amri Suratman, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan
Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof.Dr.Nik Ahmad Kamal Nik
Mahmod dan Mufti Kerajaan Negeri Sarawak, Ustaz Haji Kifli Yasin.
Sumber: New Sabah Times
apa sahaja yang berkaitan dengan agama islam perlu dirujuk kepada pihak yang arif dalam bidang itu, bukannya ahli2 politik seperti PAS..
ReplyDeleteperbuatan yang menyentuh sensitiviti agama Islam dianggap menghasut dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum, justeru boleh dikenakan mengikut Akta Hasutan.
DeleteBetul tu..jangan pula memandai mandai. serahkan pada yang pakar.
Deletesyabas kepada datuk musa aman kerana terus memberikan perhatian kepada isu2 yang memberikan manfaat yang besar kepada rakyat di negeri ini..
ReplyDeleteSejarah kedatangan Islam memang patut dibuat kajian terperinci.
Deletekajian mengenai sejarah perlu dilakukan agar kita tau sejarah kita.
ReplyDeleteKalau dalam buku sejarah, tidak banyak yang dinyatakan hasil kajian di Sabah. rasanya para ahli sejarah perlu bekerja keras lagi.
Deletelakukan kajian dgn baik.
ReplyDeleteusaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini
ReplyDeletesemoga keprihatinan Malaysia akan mendapat berkat keamanan dan keharmonian berterusan.
Delete